Sebenarnya, mengudap makanan bukanlah salah, namun anda perlu bijak memilih jenis kudap-kudapan yang sihat. Biasanya, berbanding memilih kudapan menyihatkan seperti buah epal atau betik, kita lebih tertarik untuk menikmati kudapan yang menggoda selera, segera dan lazat.
Cuba anda perhatikan tabiat makan anda setelah menikmati snek ringan anda. Adakah kuantiti makan anda di waktu makan utama semakin berkurang, atau sebaliknya masih mengambil dalam kadar yang normal.
Jika anda masih mengambilnya dalam kuantiti normal, ini bermakna snek ringan anda tadi tidak cukup sihat untuk membuat anda berasa kenyang. Oleh itu, snek ringan membuatkan tubuh anda mengumpul kalori yang berlebihan.
Jadi, bagaimana jika anda telah bosan dengan snek ringan menyihatkan seperti buah epal, betik ataupun buah-buahan lain bagi mengalas perut? Janganlah ubah kebiasaan baik anda itu dengan makanan bergoreng ataupun makanan segera yang tidak menyihatkan. Makanan berikut, boleh anda amalkan dan diselangi dengan snek buah-buahan yang biasa anda makan kerana makanan ini tidak akan menggemukkan anda:
1 Kacang
Segenggam kacang tanah rebus atau badam dalam sehari tidak akan menggemukkan anda. Makanan sebegini kaya protein semula jadi dan serat ini boleh mengalas perut anda yang sedang berkeroncong kelaparan. Pilih kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.
2 Yogurt
Pasti tidak sukar bukan kerana anda juga sukakan yogurt. Dari segi rasa dan aroma, yogurt tentu lebih enak berbanding susu. Kandungan kalsiumnya setara dengan susu, jadi ia bukan satu masalah bagi menggantikan susu dengan yogurt. Kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemak dari dalam tubuh anda. Oleh itu, mulailah menikmati yogurt di sela-sela kesibukan anda di pejabat mahupun di rumah sambil menonton tv.
3 Telur
Telur sering disalahertikan boleh menggemukkan. Sebenarnya, selagi anda bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, anda tidak perlu khuatir tentang isu tersebut. Makanan ini kaya dengan protein, rendah kalori dan boleh membuat anda kenyang dengan lebih lama. Olah makanan anda yang berasaskan telur tanpa minyak mahupun mentega.
4 Roti Gandum
Jika anda mahu menikmati makanan yang mudah berasaskan dari gandum, makanlah roti gandum. Roti gandum lebih baik berbanding roti putih. Ketepikan mi atau pasta segera yang terdapat di dalam stok makanan anda. Selain itu, boleh juga gantikan dengan oat yang boleh anda makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3 minit. Ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang serta menyihatkan.
5 Avokado
Selain telur, buah ini juga antara buah-buahan yang sering dianggap boleh membuat anda kegemukan. Sememangnya buah ini mengandungi lemak, tetapi ia merupakan lemak baik yang boleh membantu anda menjauhi kolesterol jahat serta ia baik untuk jantung anda. Pilihlah avokado yang segar. Anda boleh makan mentah, atau tambahkan sedikit madu jika anda mahu menikmati jusnya.
6 Cendawan
Daripada anda mengunyah sepotong piza, atau mi goreng segera, lebih baik anda pilih menikmati hidangan cendawan butang masak air yang dicampurkan dengan sedikit bawang Bombay dan hirisan oregano. Tentunya tanpa minyak dan merjerin. Ini kerana cendawan adalah makanan yang rendah kalori, mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda.
Popular Posts
-
LONDON - Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris b...
-
A kupuntur merupakan suatu bentuk terapi di mana jarum-jarum halus dimasukkan melalui titik-titik spesifik pada anggota badan pesakit....
-
Sebenarnya, mengudap makanan bukanlah salah, namun anda perlu bijak memilih jenis kudap-kudapan yang sihat. Biasanya, berbanding memilih kud...
-
"Bomoh Cina Peranakan turut guna kaedah menurun sambil diiringi lagu Ulik Mayang " "DIMULAKAN dengan bacaan Iqra dan Insyaa...
-
Anda mungkin pernah mendengar tentang Sindrom Terowong Carpal atau Tunnel Sindrom yang mengakibatkan sakit dan kebas pada jari telunjuk dan ...
-
"Ku sedar diri serba kekurangan, Meratap dan mencari perlindungan, Darimu insan ku gantung, Setinggi harapan" Pasti ada ...
-
Tragedi melanda Jepun yang menggemparkan dan meraih simpati dunia baru-baru ini amat dirasai. Bermula dari gempa bumi, kejadian ombak besar ...
-
EKZEMA merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhada...
-
Apakah gula? Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh Secara semulajadi,...
-
Alhamdulillah. Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah, waba'du. Rasulullah SAW banyak mengubah nama tidak baik maksudnya kepada nama yan...
No comments:
Post a Comment