Anda mungkin pernah mendengar tentang Sindrom Terowong Carpal atau Tunnel Sindrom yang mengakibatkan sakit dan kebas pada jari telunjuk dan jari tengah serta lemah pada otot abduktor ibu jari tetapi bagaimana pula dengan Sindrom Terowong Tarsal?
Sindrom Terowong Tarsal (STT) sebenarnya hampir sama dengan Sindrom Terowong Carpal. Apa yang membezakan keduanya adalah bahagian tubuh ia berlaku.
STT berlaku di bahagian pergelangan kaki. Manakala Sindrom Terowong Carpal pula berlaku pada tangan dan pergelangan tangan.
Terowong Tarsal merupakan kawasan sempit yang terletak di dalam pergelangan kaki berhampiran dengan tulang pergelangan kaki. Ligamen yang tebal melindungi terowong ini dan mengekalkan struktur saraf, tendon, arteri dan vena yang terdapat di sini. Satu daripada saraf yang dikenali sebagai saraf tibial posterior (otot yang menghulurkan jari-jari kaki dan membalikkan kaki), adalah 'mangsa' STT.
Sindrom ini berlaku apabila saraf pada laluan saraf yang terdapat pada pergelangan kaki hingga kaki termampat dan tertekan serta menyebabkan kesakitan.
PUNCA
Penyebab utama STT adalah pemampatan atau penekanan saraf posterior tibial. Malangnya, pemampatan ini boleh diakibatkan daripada pelbagai perkara. Adalah amat sukar untuk mengesan penyebab sebenarnya.
Mereka yang mempunyai kaki rata amat berisiko besar untuk mendapat masalah ini kerana apabila tumit senget ke luar, ia boleh menyebabkan keregangan dan pemampatan, pembesaran atau kehadiran struktur tidak normal yang boleh menyebabkan saraf ini termampat, seperti vena varikos, tendon membengkak.
Selain itu, ia turut boleh menyebabkan kecederaan seperti pergelangan kaki terseliuh, kerengsaan dan pembengkakan di sekeliling saraf posterior tibial sekali gus menyebabkan saraf menjadi termampat.
Penyakit-penyakit seperti diabetis, dan arthritis boleh menyebabkan pembengkakan dan menekan saraf. Mereka yang meletakkan tekanan pada kaki, seperti atlet atau mereka yang berdiri terlalu lama berisiko besar untuk mendapat STT.
GEJALA-GEJALA
Gejala-gejala STT termasuklah:
- Rasa berdenyut-denyut, rasa pedih atau rasa sensasi seperti terkena renjatan elektrik, di dalam atau di sekililing pergelangan kaki dan jari kaki
- Rasa kebas
- Kaki membengkak
- Rasa pedih menyakitkan atau rasa kebas pada bahagian bawah kaki yang boleh menjadi semakin teruk jika melakukan aktiviti dan akan baik jika berehat
- Rasa sakit yang tersebar hingga ke kaki
- Rasa sejuk dan panas pada kaki
- Sakit ketika mengendalikan kenderaan
- Rasa menyucuk pada kaki
JENIS RAWATAN
Terdapat pilihan rawatan berbeza untuk merawat Sindrom Terowong Tarsal. Pembedahan selalunya adalah paling terakhir.
Berehat
Jika anda berikan masa pada kaki untuk berehat, anda sekali gus memberikan masa pada kaki untuk sembuh. Lebih banyak anda tidak menggunakan kaki, sudah pasti anda semakin cepat sembuh. Tetapi cara ini tidak munasabah dan ia sudah pasti tidak berkesan pada semua orang. Namun begitu, anda boleh berehat selama beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang anda inginkan.
Imobilasi
Prosedur untuk menjadikan bahagian yang boleh bergerak seperti fragmen terfraktur tidak bergerak. Ini bertujuan mambantu tisu tulang berehat dan sembuh.
Ais
Pek ais amat bagus untuk pelbagai tujuan. Cubalah meletakkan pek ais pada kaki. Letakkan tuala nipis antara pek dan kulit. Lakukan perkara ini selama kira-kira 20 minit. Tunggu kira-kira sejam sebelum melakukannya semula.
Ubat oral atau dimakan
Ubat oral tertentu yang boleh dibeli di farmasi seperti ubat anti radang bukan steroid, mampu mengurangkan rasa sakit dan keradangan.
Terapi fizikal
Beberapa senaman tertentu boleh dilakukan bagi membantu mengembalikan semula pergerakan dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.
Terapi suntikan
Suntikan mampu membantu dalam Sindrom Terowong Tarsal. Anestetik setempat boleh melegakan kesakitan dan suntikan corticosteroid boleh mengurangkan keradangan.
Alat orthotik dan kasut penyokong
Alat orthotik boleh ditempah mengikut saiz kaki. Ini akan dapat membantu menyediakan sokongan yang diperlukan di kawasan yang anda perlukan perlukan sangat. Orthotik boleh membantu mengekalkan sokongan dan had jumlah pergerakan pada kaki. Kasut tertentu juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama.
Pendakap
Mereka yang mempunyai kaki rata atau saraf yang termampat yang agak teruk boleh memakai pendakap bagi mengurangkan pemampatan pada saraf dan rasa sakit yang disebabkan oleh keadaan tersebut.
Pembedahan
Kadangkala pembedahan juga amat perlu. Keputusan ini akan dibuat berdasarkan dengan nasihat doktor dan keperluan peribadi. Pakar bedah akan mencadangkan pembedahan yang sesuai dengan keperluan sebenar setiap individu.
No comments:
Post a Comment