Popular Posts

Wednesday, 13 July 2011

Keracunan Boleh Dielak

Membeli

  • Beli bahan mentah di gerai yang bersih dan mematuhi piawaian kebersihan
  • Beli bahan mentah yang segar
  • Jangan beli bahan mentah yang ada tanda aneh
  • Jika beli telur, pastikan kulitnya bersih daripada najis. Jika ada kesan najis, bersihkan dulu sebelum disimpan. Pastikan juga kulit telur dalam keadaan sempurna dan tidak retak
  • Makanan dalam tin (ayam atau daging) selamat dimakan kerana semuanya diberikan rawatan haba yang tinggi bagi membunuh bakteria dan virus
Simpan - Pastikan Ia Cukup Sejuk
  • Ayam dan daging perlu disimpan dalam peti dingin beku atau masak segera sebaik tiba di rumah kerana mikro oerganisma yang sedia ada boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik
  • Simpan makanan mentah dan yang sudah masak dalam bekas berasingan serta bertutup bagi menghalang jangkitan. Jangan letak makanan mentah dan masak bersebelahan
  • Elak menyah bekukan ayam pada suhu bilik. Untuk menyah beku, letakkan ayam di bahagian bawah peti sejuk malam sebelumnya. Jika menyahbeku dalam ketuhar gelombang mikro, pastika ayam berkenaan dimasak segera
Kendali
  • Elak menyentuh mata, hidung atau mulut ketika menyediakan makanan. Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyediakan makanan
  • Gunakan pisau dan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah dan masak. Atau basuh bersih kedua-duanya setiap kali ia digunakan
  • Buang papan pemotong yang sudah lama dan mempunyai banyak kesan hiris kerana di sinilah tempat persembunyian virus
  • Bilas semua tempat yang ketika memasak (sinki, papan pemotong, pisau) dengan air panas
  • Cuci tuala dapur dengan 10 peratus bahan peluntur kerana tuala tangan juga boleh menjadi alat penyebar virus
  • Basuh telur setiap kali sebelum dimasak. Jika kulitnya kotor, berus hingga bersih
  • Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan telur kerana kulit telur mungkin tercemar dengan najis ayam, walaupun ia tampak bersih
  • Jika tangan anda luka, basuh dengan antiseptik dan balut dengan plaster kalis air atau pakai sarung tangan
Memasak
  • WHO menyarankan semua ayam dimasak pada suhu 70 darjah Celcius selama 3o minit atau 80 darjah Celcius selama beberapa minit. Lebih baik pastikan ayam benar-benar masak
  • Jika memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, pastikan ayam dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan bertutup. Balik-balikkan ayam berkenaan 
  • Elakkan memasak ayam separa masak (untuk kegunaan kemudian) kerana bakteria dan virus masih boleh membiak dalam keadaan ini
  • Jika dapat, kurangkan memegang makanan dengan tangan. Gunakan sudu, senduk atau garfu
  • Jangan sesekali mencelupkan jari ke dalam masakan untuk merasa, sebaliknya gunakan sudu yang bersih
Ketika Makan
  • Basuh tangan sebelum makan. Walaupun ia diajar sejak kecil, masih ramai yang mengabaikannya
  • Panaskan makanan sebelum makan (atau makan sejurus selepas ia dimasak)
  • Elak simpan makanan pada suhu bilik melebihi dua jam kerana mikro organisma mudah membiak. Simpan dalam peti sejuk dan jangan biarkan melebihi tiga atau empat hari
  • Panaskan baki makanan sehingga mendidih

Monday, 4 July 2011

Panduan jika terbabit kemalangan

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dilakukan pengguna apabila berdepan dengan kemalangan jalan raya....

Ketika kemalangan:-
 
1 Maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, tahun dibuat dan model kenderaan
2 Maklumat pemandu seperti nama, alamat, nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya
Nama pihak insurans mewakili anda dan orang lain yang terbabit dalam kemalangan itu

Berurusan di balai polis:-

1 Jika tiada anggota bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis berhampiran
2 Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa Melayu. Selepas selesai anda diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan berkenaan dan simpan satu salinan laporan polis yang disahkan benar

Berurusan dengan pihak insurans:-

1 Baca polisi insurans dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak berkenaan secepat mungkin atau dalam tempoh ditetapkan dalam polisi insurans
2 Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin menghapuskan anda mendapatkan wang pampasan
3 Jumlah amaun tuntutan difailkan mestilah tidak melebihi amaun ditetapkan dalam klausa tuntutan
4 Pihak insurans hanya membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dengan jumlah ditetapkan
5 Pastikan kenderaan diselenggarakan pihak bengkel bertanggungjawab
6 Kerosakan dialami kenderaan dinilai seorang pemeriksa atau penilai pihak insurans

Elakkan perkara berikut:-

1 Apabila anda mengalami  kemalangan, jangan mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga
2 Membaiki kereta anta tanpa kelulusan penanggung insurans, jika bercadang mengemukakan tuntutan di bawah Seksyen A
3 Meninggalkan kereta tanpa mengambil langkah munasabah memastikan keselamatan kenderaan selepas berlaku kerosakan
4 Memandu kereta sebelum pembaikan disempurnakan
5 Menandatangani Baucer Pelepasan kecuali berpuas hati dengan kerja pembaikan
6 Menghantar kereta ke bengkel yang bukan panel dibenarkan


Tuesday, 10 May 2011

Terlalu lama berdiri punca Sindrom Terowong Tarsal

Anda mungkin pernah mendengar tentang Sindrom Terowong Carpal atau Tunnel Sindrom yang mengakibatkan sakit dan kebas pada jari telunjuk dan jari tengah serta lemah pada otot abduktor ibu jari tetapi bagaimana pula dengan Sindrom Terowong Tarsal?

Sindrom Terowong Tarsal (STT) sebenarnya hampir sama dengan Sindrom Terowong Carpal. Apa yang membezakan keduanya adalah bahagian tubuh ia berlaku.

STT berlaku di bahagian pergelangan kaki. Manakala Sindrom Terowong Carpal pula berlaku pada tangan dan pergelangan tangan.

Terowong Tarsal merupakan kawasan sempit yang terletak di dalam pergelangan kaki berhampiran dengan tulang pergelangan kaki. Ligamen yang tebal melindungi terowong ini dan mengekalkan struktur saraf, tendon, arteri dan vena yang terdapat di sini. Satu daripada saraf yang dikenali sebagai saraf tibial posterior (otot yang menghulurkan jari-jari kaki dan membalikkan kaki), adalah 'mangsa' STT. 

Sindrom ini berlaku apabila saraf pada laluan saraf yang terdapat pada pergelangan kaki hingga kaki termampat dan tertekan serta menyebabkan kesakitan.

PUNCA

Penyebab utama STT adalah pemampatan atau penekanan saraf posterior tibial. Malangnya, pemampatan ini boleh diakibatkan daripada pelbagai perkara. Adalah amat sukar untuk mengesan penyebab sebenarnya.

Mereka yang mempunyai kaki rata amat berisiko besar untuk mendapat masalah ini kerana apabila tumit senget ke luar, ia boleh menyebabkan keregangan dan pemampatan, pembesaran atau kehadiran struktur tidak normal yang boleh menyebabkan saraf ini termampat, seperti vena varikos, tendon membengkak.

Selain itu, ia turut boleh menyebabkan kecederaan seperti pergelangan kaki terseliuh, kerengsaan dan pembengkakan di sekeliling saraf posterior tibial sekali gus menyebabkan saraf menjadi termampat.

Penyakit-penyakit seperti diabetis, dan arthritis boleh menyebabkan pembengkakan dan menekan saraf. Mereka yang meletakkan tekanan pada kaki, seperti atlet atau mereka yang berdiri terlalu lama berisiko besar untuk mendapat STT.

GEJALA-GEJALA

Gejala-gejala STT termasuklah:

  • Rasa berdenyut-denyut, rasa pedih atau rasa sensasi seperti terkena renjatan elektrik, di dalam atau di sekililing pergelangan kaki dan jari kaki
  • Rasa kebas
  • Kaki membengkak
  • Rasa pedih menyakitkan atau rasa kebas pada bahagian bawah kaki yang boleh menjadi semakin teruk jika melakukan aktiviti dan akan baik jika berehat
  • Rasa sakit yang tersebar hingga ke kaki
  • Rasa sejuk dan panas pada kaki
  • Sakit ketika mengendalikan kenderaan
  • Rasa menyucuk pada kaki
JENIS RAWATAN

Terdapat pilihan rawatan berbeza untuk merawat Sindrom Terowong Tarsal. Pembedahan selalunya adalah paling terakhir.

Berehat
Jika anda berikan masa pada kaki untuk berehat, anda sekali gus memberikan masa pada kaki untuk sembuh.  Lebih banyak anda tidak menggunakan kaki, sudah pasti anda semakin cepat sembuh. Tetapi cara ini tidak munasabah dan ia sudah pasti tidak berkesan pada semua orang. Namun begitu, anda boleh berehat selama beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang anda inginkan.

Imobilasi
Prosedur untuk menjadikan bahagian yang boleh bergerak seperti fragmen terfraktur tidak bergerak. Ini bertujuan mambantu tisu tulang berehat dan sembuh.

Ais
Pek ais amat bagus untuk pelbagai tujuan. Cubalah meletakkan pek ais pada kaki. Letakkan tuala nipis antara pek dan kulit. Lakukan perkara ini selama kira-kira 20 minit. Tunggu kira-kira sejam sebelum melakukannya semula.

Ubat oral atau dimakan
Ubat oral tertentu yang boleh dibeli di farmasi seperti ubat anti radang bukan steroid, mampu mengurangkan rasa sakit dan keradangan.

Terapi fizikal
Beberapa senaman tertentu boleh dilakukan bagi membantu mengembalikan semula pergerakan dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

Terapi suntikan
Suntikan mampu membantu dalam Sindrom Terowong Tarsal. Anestetik setempat boleh melegakan kesakitan dan suntikan corticosteroid boleh mengurangkan keradangan.

Alat orthotik dan kasut penyokong
Alat orthotik boleh ditempah mengikut saiz kaki. Ini akan dapat membantu menyediakan sokongan yang diperlukan di kawasan yang anda perlukan perlukan sangat. Orthotik boleh membantu mengekalkan sokongan dan had jumlah pergerakan pada kaki. Kasut tertentu juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

Pendakap
Mereka yang mempunyai kaki rata atau saraf yang termampat yang agak teruk boleh memakai pendakap bagi mengurangkan pemampatan pada saraf dan rasa sakit yang disebabkan oleh keadaan tersebut.

Pembedahan
Kadangkala pembedahan juga amat perlu. Keputusan ini akan dibuat berdasarkan dengan nasihat doktor dan keperluan peribadi. Pakar bedah akan mencadangkan pembedahan yang sesuai dengan keperluan sebenar setiap individu.


Wednesday, 27 April 2011

Penjagaan kulit ekzema

EKZEMA merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.


Bagi ekzema pada tahap ringan kesederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan. Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.


Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma.


Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.


Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.


Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Peningkatan kes ekzima mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan. Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa.


Kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23  peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai.


Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.


Petua untuk menjaga kulit ini

  • Hadkan penggunaan produk isi rumah
          - Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen selepas mencukur, sabun gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

  • Pakai sarung tangan 
          - Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

  • Kain kapas atau kombinasinya
          - Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

  • Sewaktu mandi
         - Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit  anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

  • Amalkan ubat doktor
         - Apabila keadaan ekzema anda sudah bertambah buruk, gunakan ubat yang diberikan doktor. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor segera sekiranya keadaan masih tidak pulih selepas tiga minggu ubat itu digunakan.

  • Losen pelembap
         - Menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Bentuk krim ini sesuai untuk kulit bermasalah khasnya kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

  • Menggaru
         - Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk manangani kegatalan tersebut. Memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

  • Berpeluh
         - Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

  • Tekanan
          - Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah buruk.

  • Penjagaan khas
         - Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan.

Monday, 18 April 2011

Kemunculan semula Siti Musliha





"Ku sedar diri serba kekurangan,
Meratap dan mencari perlindungan,
Darimu insan ku gantung,
Setinggi harapan"


Pasti ada antara kita masih mengingati sebahagian bait lagu Hujan Air Mata satu ketika dahulu yang cukup menyentuh perasaan ini.


Lagu itu dinyanyikan seorang insan yang kurang sempurna fizikalnya, tetapi berbakat besar iaitu Siti Musliha Mohd Mustafa.


Bagi yang sudah lupa, Siti Musliha atau lebih mesra dipanggil Siti pernah mendapat liputan khas media dan perhatian masyarakat kerana kisah hidupnya.


Siti yang lahir pada 10 Januari 1983 dalam keadaan tidak normal dan cacat hampir seluruh anggota badan. Sehingga tahun 1994, dia menjalani tiga pembedahan untuk membentuk wajah dan membetulkan kedudukan anggota seperti hidung dan mata.


Pada 1995, komposer terkenal, Adnan Abu Hassan mengesan bakat Siti dalam nyanyian. Hasilnya Siti menghasilkan album pertamanya berjudul 'Siti Musliha'.


Album dihasilkan bertujuan membiayai kos pembedahannya yang keempat itu mendapat sambutan masyarakat. Siti juga sempat merakamkan album keduanya 'Mutiara Hati' pada tahun berikutnya.




Namun, sejak penampilan terakhir pada 1997, Siti terus menyepi dari dunia seni. Kehilangannya mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat yang ingin mengetahui keadaannya kini.


Sinar Harian yang berkesempatan bertemu Siti di sidang media majlis makan malam Kesatria Seni anjuran MS Production and Entertainment tidak melepaskan peluang bertanyakan perkembangan terkininya.


Siti diundang khas untuk menyanyi dalam majlis makan malam berkenaan yang akan diadakan pada 2 Julai di Melaka International Trade Centre (MITC)


Menurut Siti yang kini menetap di Serendah, Selangor berkata, kehidupannya kini banyak dihabiskan di rumah bersama keluarganya.


"Saya baru saja pulang dari mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu.


"Saya hanya duduk di rumah dan melakukan aktiviti yang mendekatkan saya dengan Tuhan," katanya yang masih belum mempunyai teman istimewa ini.


Mengulas mengenai bidang nyanyian, gadis berusia 28 tahun ini mengakui rindu untuk menyanyi dan tidak menolak sekiranya diberikan peluang merakamkan album.


"Niat itu memang ada, namun semuanya bergantung kepada rezeki. Jika ada kesempatan, saya teringin merakamkan album nasyid atau ketuhanan.


"Selain itu, saya juga mengimpikan untuk berduet dengan penyanyi idola saya iaitu Datuk Siti Nurhaliza," katanya.


Dalam pada itu, Siti meluahkan kegembiraan apabila ditawarkan membuat persembahan di makan malam Kesatria Seni.


"Saya terharu kerana masih ada yang mengingati dan mempercayai bakat saya. Untuk majlis itu, saya akan menyanyikan tiga lagu," katanya.


Menceritakan pengalamannya di Mekah, Siti tidak melepaskan peluang berdoa agar dia dapat melihat dengan sempurna.


Selain itu, Siti juga tidak menolak sekiranya ada insan yang sudi membantunya menjalani pembedahan plastik.


 Bagi yang ingin menyaksikan persembahan Siti di makan malam Kesatria Seni, boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.ticketcharge.com.my

Sunday, 17 April 2011

Makanan ringan yang sihat

Sebenarnya, mengudap makanan bukanlah salah, namun anda perlu bijak memilih jenis kudap-kudapan yang sihat. Biasanya, berbanding memilih kudapan menyihatkan seperti buah epal atau betik, kita lebih tertarik untuk menikmati kudapan yang menggoda selera, segera dan lazat.


Cuba anda perhatikan tabiat makan anda setelah menikmati snek ringan anda. Adakah kuantiti makan anda di waktu makan utama semakin berkurang, atau sebaliknya masih mengambil dalam kadar yang normal.


Jika anda masih mengambilnya dalam kuantiti normal, ini bermakna snek ringan anda tadi tidak cukup sihat untuk membuat anda berasa kenyang. Oleh itu, snek ringan membuatkan tubuh anda mengumpul kalori yang berlebihan.


Jadi, bagaimana jika anda telah bosan dengan snek ringan menyihatkan seperti buah epal, betik ataupun buah-buahan lain bagi mengalas perut? Janganlah ubah kebiasaan baik anda itu dengan makanan bergoreng ataupun makanan segera yang tidak menyihatkan. Makanan berikut, boleh anda amalkan dan diselangi dengan snek buah-buahan yang biasa anda makan kerana makanan ini tidak akan menggemukkan anda:


1 Kacang
Segenggam kacang tanah rebus atau badam dalam sehari tidak akan menggemukkan anda. Makanan sebegini kaya protein semula jadi dan serat ini boleh mengalas perut anda yang sedang berkeroncong kelaparan. Pilih kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.


2 Yogurt
Pasti tidak sukar bukan kerana anda juga sukakan yogurt. Dari segi rasa dan aroma, yogurt tentu lebih enak berbanding susu. Kandungan kalsiumnya setara dengan susu, jadi ia bukan satu masalah bagi menggantikan susu dengan yogurt. Kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemak dari dalam tubuh anda. Oleh itu, mulailah menikmati yogurt di sela-sela kesibukan anda di pejabat mahupun di rumah sambil menonton tv.



3 Telur
Telur sering disalahertikan boleh menggemukkan. Sebenarnya, selagi anda bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, anda tidak perlu khuatir tentang isu tersebut. Makanan ini kaya dengan protein, rendah kalori dan boleh membuat anda kenyang dengan lebih lama. Olah makanan anda yang berasaskan  telur tanpa minyak mahupun mentega.


4 Roti Gandum
Jika anda mahu menikmati makanan yang mudah berasaskan dari gandum, makanlah roti gandum. Roti gandum lebih baik berbanding roti putih. Ketepikan mi atau pasta segera yang terdapat di dalam stok makanan anda. Selain itu, boleh juga gantikan dengan oat yang boleh anda makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3 minit. Ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang serta menyihatkan.




5 Avokado
Selain telur, buah ini juga antara buah-buahan yang sering dianggap boleh membuat anda kegemukan. Sememangnya buah ini mengandungi lemak, tetapi ia merupakan lemak baik yang boleh membantu anda menjauhi kolesterol jahat serta ia baik untuk jantung anda. Pilihlah avokado yang segar. Anda boleh makan mentah, atau tambahkan sedikit madu jika anda mahu menikmati jusnya.




6 Cendawan
Daripada anda mengunyah sepotong piza, atau mi goreng segera, lebih baik anda pilih menikmati hidangan cendawan butang masak air yang dicampurkan dengan sedikit bawang Bombay dan hirisan oregano. Tentunya tanpa minyak dan merjerin. Ini kerana cendawan adalah makanan yang rendah kalori, mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda.

Friday, 15 April 2011

6 ways to care for your bones!

Even if you have just 10 minutes to spare, that's all you need to start your active bone regime right now! Did you know that when we reach 30 years of age, our bone breakdown starts to outweigh its rebuilding process thus increasing the risk of developing osteoporosis? To ensure that you will continue to enjoy life to its fullest, taking care of your bone health needs to start now. Many of the best ways to look and feel younger are easy to fit into your life, requires no fancy gadgets or pills - and many of them are free. Here are six of the best strategies around!


DANCING
Dancing improves rhythm and timing, turns on hidden motor skills and body coordination, along with being a strong cardiovascular activity. Many social dances such as salsa, swing and ballroom are known to build stamina, improve posture and increase flexibility, a must-have as joints begin to stiffen more easily with age. Another key benefit of dancing is preserving bone density. When you are busting a move on the dance floor, it strengthens muscle tissue essential to preserve your bones and help reduce the risk of osteoporosis.


GARDENING
The ultimate wholesome body workout, gardening builds endurance, flexibility and strength. all the major muscle groups get a workout without the stress to the bones caused by high-impact exercises. Gardening also exposes the body to sunshine, helping the body to produce vitamin D that promotes calcium absorption. And what could be more soul-satisfying than reaping your own produce?


HIKING
A climb up a short hill provides the absolute resistance training for the legs, calves and quads. Enjoy clean, healthy air amidst nature, far away from the hustle and bustle - and carbon monoxide - of city life. Avid hikers tend to lose fat and gain muscle, and enjoy higher-than-average energy levels. The anaerobic exercise provided by hiking can also help improve bone health.


TAKE YOUR VITAMIN D
 Normally, our body takes in Vitamin D in the form of sun-synthesis through the skin. But in this modern times, where many of us spend countless hours inside houses, cars and shopping malls, our actual exposure to the sun is limited with over 60% of women having vitamin D insufficiency. A diet rich in vitamin D helps our body build strong bones and teeth. Fill your plate with food such as sardine, tuna, salmon, eggs and cod liver oil to ensure you get your daily dose.


BONE CHECKS
Osteoporosis silently steals your strength. Regular bone health check tests the quality and strength of your bones which will give you an indicator as to the quality of your internal bone structure and health. This completely safe, fast and simple procedure takes only two minutes and is completely painless. It uses ultrasound technology to measure the internal quality of your bones. 


EAT RIGHT
Most Malaysian women get less than 50% of the required calcium daily intake, a factor which contributes to poor bone health and may affect movement later on in life. How about making milk and dairy products part if your healthy diet? they are important sources of protein, vitamins and minerals, and are particularly rich in calcium, which is essential for healthy bones. Good options you can try are yoghurt, cheese and hi-calcium milk.

Thursday, 14 April 2011

Sikap plastik mungkin bawa padah

"LELAKI control macho (kejantanan), wanita mantain ayu (jaga keayuan)"


Perlukah kita menjadi orang lain ketika membuat janji temu pertama? Apa kesan jika si wanita atau lelaki menunjukkan sikap dan karakter sebenar pada pertemuan pertama? Mungkin bimbang atau tidak yakin, bimbang tidak diterima, tidak mampu menawan hati pada janji temu pertama, masing-masing terpaksa bersikap plastik dan menjadi orang lain bagi menyembunyikan perangai sebenar walaupun hakikatnya, perangai sebenar itu selalunya lebih menawan.


Pertemuan pertama sebelum menjalin hubungan istimewa selalunya lebih manis. Baik lelaki mahupun wanita masing-masing biasanya akan menunjukkan sikap pura-pura, bukan berniat untuk menipu atau menyembunyikan kebenaran tetapi bagi menjaga tingkah laku, tertib, budi bahasa, sopan dan yang paling utama, penampilan.


Kalau menunjukkan sikap sebenar mungkin janji pertama akhirnya menjadi janji temu terakhir. Tidak mustahil, terutama wanita akan berusaha untuk tampil anggun dan bergaya dengan pakaiannya selain ditambah solekan wajah.


Ketika di meja makan pula, ada yang makan terlalu perlahan supaya tidak dikatakan gelojoh. Cara berjalan pula, kalau boleh nak ikut cara Miss Universe berjalan, cara bercakap juga ala-ala penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang manis berbicara, nampak sopan serta lemah lembut.


Lelaki pula, berlagak seakan gentleman, macho pada pertemuan pertama. Sanggup bukakan pintu kereta dan menarik kerusi untuk si wanita sebelum duduk di meja makan malah menghadiahkan jambangan bunga. Tetapi, apabila sudah lama kenal dan menjadi wanita teman istimewa, tidak ramai yang mengekalkan sikap lelaki budiman ini.


Sila buka pintu sendiri, nak makan tariklah kerusi sendiri, jauh sekali menghadiahkan bunga. Berbahasa pun tiada lagi keluar ayat berbunga.


Mungkin ramai yang bersikap begini pada pertemuan pertama kerana tidak mahu memberi tanggapan buruk kepada orang yang ditemui. Namun, sikap plastik ini tidak boleh diteruskan atau ia akan membawa padah menjadi padah kepada diri sendiri, pasangan dan pastinya, hubungan.


Ada yang beranggapan tidak perlu terlalu mengawal sehingga bersikap plastik, walaupun pada pertemuan pertama. Lebih baik menjadi diri sendiri dan biarkan kenalan baru mengenali kita yang sebenar-benarnya serta menerima kita seadanya.


Tidak salah jika kita menampilkan karakter sebenar tanpa berpura-pura. Namun, masing-masing ada cara dan alasan tersendiri. Rata-rata mereka yang berpengalaman dalam janji temu pertama mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak menunjukkan karakter sebenar. Lumrah janji temu pertama, sudah tentu kita mahukan kenalan menerima kita pada pandangan pertama.


Wanita Sila Jauhi.....

  • Lelaki yang inginkan temannya mirip bekas kekasih
         Melalui fasa sedih akibat putus cinta sering membuatkan lelaki mengambil tindakan mencari teman baru. Mereka juga cenderung membandingkan teman wanita baru mereka itu dengan bekas kekasih lama. Sebaiknya siasat dulu adakah dia sudah benar melupakan bekas kekasihnya itu atau sebaliknya.



  • Lelaki yang sering menghilang
          Lelaki seperti ini sering menghilangkan diri dengan alasan terpaksa menyempurnakan tugas penting di pejabat atau membatalkan janji temu anda bersamanya secara tiba-tiba. Bagi yang berpacaran dengan jejaka ini, sebaiknya berhati-hati kerana mereka mungkin memiliki pacar atau sudah beristeri.

  • Lelaki yang terlihat terlalu sempurna
          Lelaki yang tergolong dalam kategori lelaki seperti ini biasanya berkereta mewah dan mempunyai penampilan menarik seperti orang kaya. Bagi wanita di luar sana, jangan terburu-buru menghampiri lelaki seperti ini. Bukan apa, bimbang lelaki seperti ini berselindung di sebalik imej kerana mempunyai niat buruk di sebaliknya.

  • Lelaki yang tidak beretika
          Lelaki jenis ini sering mengajak teman wanitanya bertemu di lokasi yang berhampiran dengan rumahnya. Sudahlah begitu, teman wanitanya itu juga disuruh supaya datang sendiri dengan teksi. Jika ini terjadi, putuskan segera hubungan anda dengannya. Tiada gunanya anda berpacaran dengan lelaki seperti ini kerana selain tidak bertanggungjawab, dia juga mungkin mempergunakan teman wanitanya sendiri demi kepentingan dirinya suatu hari nanti.

  • Lelaki yang tangannya ramah!
          Baru beberapa kali bertemu, si dia sudah berani menyentuh tubuh teman wanitanya. Apabila ditegur, dia berlagak selamba sambil memberi pelbagai alasan yang tidak mampu diterima akal. Jangan sekali-kali berdampingan dengan lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan saja niat untuk terus berkawan dengannya.

Seru Semangat Nenek Moyang Melayu Pulih Pesakit

"Bomoh Cina Peranakan turut guna kaedah menurun sambil diiringi lagu Ulik Mayang"

"DIMULAKAN dengan bacaan Iqra dan Insyaallah penyakit yang diubati mampu dirawat." Agak pelik mendengar kalimah itu dilafazkan bomoh Cina di Kota Bharu, Kelantan. Lebih pelik apabila kaedah perubatannya juga unik.

Boleh dikatakan proses perubatan diamalkan Gan Choo Eng atau lebih dikenali sebagai Nek Soh banyak menggunakan elemen perubatan bomoh Melayu. Ia bukan sekadar mantera tetapi peralatannya juga langsung tidak menggunakan cara perubatan orang Cina.

Sepanjang sesi perbualan dengan penulis, Nek Soh seperti keadaan separuh sedar. Gaya pertuturannya sekejap kuat dan sekejap perlahan. Kadangkala kedengaran tersekat seperti ada dua watak dalam tubuhnya. Mata Nek Soh ada ketika luas dan ada ketikanya redup seperti merenung dari alam lain.

Pada mulanya, penulis menyangka sedang berbual dengan Nek Soh tetapi apabila dijelaskan ketika itu tubuhnya dimasuki Nenek Dusun Raja, meremang bulu roma kerana rupa-rupanya sesi perbualan itu bukan sekadar berlaku sesama manusia. Patutlah sepanjang perbualan lebih dua jam itu, isteri Nek Soh tidak henti-henti memainkan lagu Ulik Mayang seakan-akan muzik latar mengiringi sesi itu kerana ia dikatakan semangat untuk menjemput makhluk lain menumpang badannya untuk berkongsi maklumat.

Kaedah perubatannya menyerupai ciri misteri dalam wayang kulit, Ulik Mayang dan menora. Oleh itu setiap kali mengubati pesakit, lagu daripada tiga seni itu dipasangkan bergantung kepada jenis penyakit.

"Lagu ini ada semangat, bukan saja-saja dipasang. Ketika pesakit dirawat, lagu ini menjemput roh nenek moyang atau makhluk alam lain memberi ketenangan kepada pesakit. Jika hati dan jiwanya tenang, lebih mudah membuang penyakit.

"Setiap penyakit ada kaitan dengan otak. Jika pesakit dapat diyakinkan semua masalah boleh diredakan, ia pasti menyembuhkan penyakitnya. Sejak dulu saya gunakan muzik ketika merawat dan ia berkesan," katanya.

Kebanyakan penyakit dirujuk kepada Nek Soh selepas gagal rawatan di hospital. Biasanya ia membabitkan masalah lemah semangat dan perkara berkaitan jiwa. Banyak juga kes membabitkan hubungan rumah tangga yang retak akibat benci antara suami isteri dan anak.

"Ada juga kes pesakit terserempak ular dalam rumah." Tiba-tiba perbualannya terhenti agak lama, menundukkan kepala dan sesekali kelihatan menggeleng-geleng. Sesekali pula beliau berdehem dan menyambung ceritanya dengan nada suara berbeza.

"Ular itu mungkin betul atau jelmaan. Selepas itu, setiap malam dia tidak boleh tidur dan asyik teringatkan ular tadi. Jadi Nek Soh gunakan lagu Wayang Kulit atau Ulik Mayang pulihkan semangatnya. Ulik Mayang digunakan untuk memanggil puteri datang berdamping dan diberi semangat kepadanya. Nek Soh juga yakinkan pesakitnya mengenai qada dan qadar. Semua penyakit ada ubatnya dan sudah ditentukan. Apa yang penting, pesakit perlu yakin untuk dipulihkan," katanya.

Menurut Nek Soh, dalam proses perubatannya, ada tujuh beradik nenek moyang digunakan dan mereka dipanggil bergantung kepada jenis penyakit. Sebagai contoh, jika masalah membabitkan wanita mengandung, Nenek Bidan dipanggil untuk berdamping bagi membantu proses perubatan.

Nek Soh juga mengubati pelbagai penyakit termasuk strok, masalah perniagaan, naik pangkat dan kebanyakan kakitangan kerajaan juga mendapatkan khidmatnya untuk lebih maju dalam kerjaya. Beliau tidak membuat minyak pengasih tetapi mampu memulihkan mereka yang terkena ubat pengasih.

Nek Soh pandai mengurut tetapi caranya berbeza kerana menggunakan tenaga dalaman dan bacaan khusus. Ia tidak menekan sendi atau membetulkan urat seperti tukang urut lain, tetapi menggunakan dampingan makhluk lain untuk melakukan urutan cara halus.

"Selain nenek, ada tujuh datuk turut dipanggil untuk membantu proses perubatan. Antaranya, Tuk Merah, Tuk Hijau, Tuk Biru, Tuk Putih dan beberapa lagi. Mereka datang dari satu lokasi yang tidak boleh didedahkan tetapi kebanyakannya di gunung seluruh negara seperti Jerai dan Ledang.

"Semua datuk dan nenek yang mendampingi saya beragama Islam dan Melayu," katanya sambil mengambil keris di dinding sebagai persiapan memanggil Tok Guru, datuk paling besar dalam kebanyakan proses perubatannya.

Difahamkan bukan perkara pelik melihat seorang Melayu memasuki rumah bomoh cina, mungkin kerana rasa selesa melihat kaedah perubatannya. Dalam proses rawatan Nek Soh, tiada bayaran ditetapkan. Pengerasnya sekadar RM24 dan selebihnya terpulang kepada pesakitnya. Operasi rawatan diadakan Ahad, Selasa dan Khamis bermula jam 8 malam hingga 1 pagi.

"Rawatan boleh dibuat setiap hari tetapi kasihan pula cucu Nek Soh ini. Penat dia melayan pesakit," katanya yang difahamkan hanya menjadi perantara ketika itu antara Nek Soh alam ghaib dengan penulis.

Sedang kami leka mendengar alunan Ulik Mayang yang memecah keheningan malam, tiba-tiba Nek Soh yang baru selesai mengubati tiga pesakit menepuk lantai dan dilihat melilit kain di kepala serta pinggangnya sambil menyarungkan dua keris di sisi. Pandangannya seperti ke kiri kanan dan sesekali seakan mengangguk mengikut alunan Ulik Mayang. Isteri Nek Soh meminta kami menghayati lagu itu untuk mengetahui mengapa semangat alam ghaib dipanggil untuk rawatan.

Penulis diminta berdepan dengan Tok Guru yang ketika itu dalam tubuh Nek Soh dan selepas bersalaman, dia bertanya tujuan ke situ. Suaranya sedikit garau dan pandangan matanya juga tajam melihat kami.

Memberanikan diri, penulis bertanya dari mana asal Tok Guru, namun berkali-kali juga dia enggan memberitahu. Sekadar menunjuk ke tepi dan berkata - "Jauh.... jauh... bukan dari sini." Namun, selepas penulis meneka sama ada Tok Guru dari Gunung Jerai di Kedah kerana ada loghatnya seperti orang Utara, baru dia mengangguk dan berkata: "Cukuplah apa yang cucu tahu itu."

Nyata, apa yang dilihat di kediaman Choo Eng menjawab tanda tanya kami bagaimana masyarakat Cina di situ percaya kepada kaedah rawatan Melayu.

Fakta Gula









Apakah gula?
  • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh
  • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa dan susu, dlam bentuk laktosa.
  • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.

Apakah saranan pengambilan gula tambahan?

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).




Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.
  • Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281, 183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.

Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Tips mengurangkan gula

Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.

(a)  Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula

(b)  Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan

(c)  Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula

(d)  Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur

(e)  Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut

(f)  Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman

(g)  Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman

(h)  Periksa kandungan gula dalam label minuman

(i)  Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan


Wednesday, 13 April 2011

Mak Nyah Malaysia tinggalkan suami 'mat salih' kerana disisih

LONDON - Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.

Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan L12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.

Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini bekerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.

"Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cintai dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia," kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar. Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.

"Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun," kata Fatine.

Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka.

Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.

Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah.

Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.

Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.

Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009. Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain.


Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.

Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.

"Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula bekerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma L640 (RM3,160) sebulan," kataYoung sebelum ini.

Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.

"Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata buruk terhadap saya," kata Fatine.

Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.

Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki FAtine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.

Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.

"Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya," ujar Young.

"Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula," tambahnya.

Monday, 11 April 2011

Umat Islam dituntut beri panggilan yang baik untuk anak kerana ia juga umpama doa

Alhamdulillah. Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah, waba'du. Rasulullah SAW banyak mengubah nama tidak baik maksudnya kepada nama yang baik atau lebih sesuai.

Nama penting kerana pada Hari Kiamat, manusia dipanggil dengan nama sendiri dan nama ayahnya seperti dinyatakan dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Darda, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya pada Hari Kiamat, kamu dipanggil dengan nama kamu dan ayahmu. Oleh kerana itu, namakan nama kamu dengan nama yang baik."

Kedua, nama mempunyai pengaruh terhadap keperibadian dan merupakan doa seperti diriwayatkan Malik dalam Kitab Muwaththa, daripada Yahya Sa'id, Umar al-Khatthab pernah bertanya seseorang: "Siapa namamu? orang itu menjawab: Jamrah. Umar bertanya lagi: Anak siapa? Orang itu menjawab: Anak Syihab. Umar bertanya lagi: Daripada kabilah mana? Orang itu menjawab: Daripada kabilah al-Harqah. Di mana tempat tinggalmu? Di kampung Nar (api). Umar bertanya lagi: Di daerah mana? Orang itu menjawab: Di Dzati Lazha."

Umar terus berkata kepadanya: "Segeralah pulang. Temuilah keluargamu. Mereka semua terbakar." Ternyata apa yang dikatakan Umar itu berlaku.

Nabi SAW tidak suka dengan nama buruk dan sangat membencinya jika ia digunakan untuk manusia, tempat, kabilah atau gunung. Justeru, banyak nama yang ditukar Rasulullah SAW.

Abu Bakar Munzir meriwayatkan daripada Ali beliau berkata: Ketika Hasan lahir, aku memberinya nama Harb (perang). Kemudian datang Nabi SAW, lalu Baginda bersabda: Perlihatkan kepadaku cucuku. Apakah nama yang kamu berikan? Kami katakan: Harb. Baginda bersabda: "Jangan, dia adalah Hasan."

Ali berkata: "Ketika Husain lahir, aku menamakannya Harb. Lalu datang Nabi SAW, Baginda berkata: Perlihatkan kepadaku cucuku. Apakah nama yang engkau berikan?" Kami katakan: Harb. Baginda bersabda: Jangan, dia adalah Husain".

Ali berkata: "Ketika anak ketiga lahir, aku memberinya nama Harb juga. Lalu datang Nabi SAW dan bertanya: Perlihatkan kepadaku cucuku. Apakah nama yang engkau berikan? Kami katakan: Harb. Baginda pun bersabda: Jangan, dia adalah Muhsin. Kemudian Baginda melanjutkan sabdanya: Sesungguhnya aku menamakan mereka seperti nama anak Harun iaitu Syabbar, Syabbir, dan Musyabbir.

Dalam kitab Mushannaf, Ibnu Abu Syaibah ada pula meriwayatkan daripada Khautsamah. Beliau berkata: "Dulu pada masa jahiliah, nama ayahku Aziz, maka Rasulullah SAW mengubahnya menjadi Abdurrahman."

Dalam kitab al-Adab, Imam al-Bukhari meriwayatkan: Ibnu Abdul Rahman Said al-Makhzumi pernah menceritakan sebelumnya beliau bernama ash-Sharm, lalu Rasulullah SAW memberinya nama Said.

Raithah Muslim pernah menceritakan kepadaku daripada ayahnya, beliau berkata: "Saya mengikuti perang Hunain bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda bertanya kepadaku: "Siapakah namamu? Saya menjawab: "Ghurab. Baginda bersabda: "Jangan, namamu sekarang ialah Muslim."

Perubahan nama dilakukan selain kerana tidak baik dan makhruh, kadangkala kerana maslahatan lain meskipun nama itu sebenarnya sudah bagus seperti dilakukan Rasulullah SAW ketika mengubah nama Barrah menjadi Zainab kerana Baginda tidak suka mendengar seorang seolah-olah mengaku dirinya suci.

Perkara itu dinyatakan dalam kitab Sahih al-Bukhari daripada Abu Hurairah, bahawa Zainab dulunya bernama Barrah. Maka orang berkata: Beliau mengaku dirinya suci. Oleh kerana itu Rasulullah SAW memberinya nama Zainab.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, seorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, saya mendapat anak. Nama apakah yang terbaik untuknya? Baginda SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya nama yang baik untuk kamu semua adalah Harits dan Hammam. Nama paling bagus adalah Abdullah dan Abdul Rahman. Berilah nama dengan nama di kalangan nabi dan jangan memberi nama dengan nama Malaikat."

Oleh yang demikian, sekiranya nama itu termasuk dalam nama yang diharamkan, maka sewajarnya nama tersebut perlu ditukar. Wallahua'lam.


Friday, 8 April 2011

Perjuangan wanita belum selesai

Pencapaian wanita dalam pelbagai bidang sejak abad lalu telah melalui satu perjalanan yang sangat jauh, penuh dengan ranjau, onak dan duri. Wanita di negara maju memperoleh keadaan lebih baik kerana mereka telah berjuang lebih awal untuk mendapatkan hak dan memastikan kepentingan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan pekerjaan diberi pengiktirafan oleh kerajaan, institusi dan masyarakat yang umumnya bersifat patriarchical.

Bagi wanita di negara-negara sedang membangun, gerakan dan perjuangan wanita berterusan untuk memastikan kebajikan mereka dijaga dan akses diperoleh dalam pelbagai bidang yang didominasi oleh lelaki. Pun begitu, nasib dan kedudukan wanita dikebanyakan negara Asia, Latin Amerika dan Afrika masih menyedihkan. Mereka berada dalam keadaan yang cukup daif, dibelenggu kemiskinan, kebuluran, tiada akses kepada kemudahan pendidikan, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, atau perlindungan perundangan.

Malah wanita dan kanak-kanak terus menerus menjadi mangsa perang dan keganasan. Di Bosnia, Somalia, PAlestin, Afghanistan, Sudan, Iraq, Filipina, Indonesia dan banyak negara Amerika Selatan, wanita terdedah kepada pelbagai keadaan yang cukup sengsara.

Ramai antara kita yang masih mengingati Bibi Aishah. Wajah beliaulah yang terpampang dengan muka berlubang tanpa hidung di muka depan TIME edisi 9 Ogos tahun lepas. Potret itu memenangi Anugerah Foto Press Terbaik Dunia. Bibi Aishah berumur 18 tahun, telah lari meninggalkan rumah suaminya kerana tidak tahan didera dan dipukul.

Puak Taliban telah mencari beliau di kampungnya di Wilayah Oruzgan di Afghanistan dan menuntut beliau diserahkan untuk mengadap pengadilan. Sebaik hukuman dijatuhkan, abang iparnya mengikat beliau sementara suaminya bertindak memotong kedua-dua telinga dan hidungnya.

Beliau terus ditinggalkan, tetapi mujur dibantu beberapa pekerja sukarela yang membawanya ke sebuah rumah perlindungan di Kabul. Dari situ beliau dibawa ke luar negara untuk pembedahan menyambung hidung dan menjalani kaunseling. Dia mengatasi trauma dan kini membina hidup baru di Amerika Syarikat.

Di negara seperti Afghanistan, Pakistan dan India, banyak kisah yang menyerupai cerita Bibi Aishah. Malah, hari ini dianggarkan 7,000 hingga 10,000 wanita mati setiap tahun akibat keganasan rumah tangga. Dalam banyak kes, yamg membunuh dan mencederakan mereka adalah bekas suami atau pasangan mereka sendiri.

Kajian penyelidik University of North London turut mendapati bahawa ribuan kanak-kanak dan remaja perempuan mati setiap tahun kerana dirogol orang yang dikenali. Kajian yang meliputi negara-negara Eropah (UK, Jerman, Sweden, Norway, Sepanyol, Perancis, Belgium), Australia dan India mendapati 95 peratus jenayah penderaan seks dilakukan oleh lelaki.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seorang daripada setiap tiga wanita pernah mengalami atau menjadi mangsa keganasan domestik dalam hidup mereka. Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia, 10 laporan penderaan fizikal, emosi dan seks diterima setiap hari.

Jumlah kes yang dilaporkan pada 2007 ialah 3,756 dan pada 2008 sebanyak 3,769 kes. Pada 2009, bilangan kes yang dilaporkan ialah 3,643 manakala antara Januari dan Julai 2010, sudah sebanyak 1,872 kes. Statistik polis juga menunjukkan seramai 9,575 kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol antara tahun 2005 dan 2010.

Dalam kes HIV misalnya, 18-20 peratus penghidap penyakit ini di Malaysia adalah wanita, namun tidak ramai yang tahu bahawa setakat ini masih belum ada program yang komprehensif untuk menghalang infeksi HIV dalam kalangan wanita.

Di Kelantan, lebih 700 wanita dijangkiti HIV kerana suami mereka. Apa yang menyedihkan, mereka tidak tahu bahawa bekas suami merupakan penghidap HIV semasa berkahwin dulu. Kesemua mereka kini ialah janda yang didiagnosis menghidap HIV positif. Mereka telah menubuhkan persatuan untuk mendapat pembelaan.

Sudah tentu, ini satu keadaan yang tidak boleh diterima, apatah lagi dalams sebuah negara Islam yang menuju ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Statistik yang dipaparkan ini menuntut kesedaran masyarakat mengenai keadaan yang masih perlu diperbetulkan, termasuk perubahan dari segi sikap, prejudis, perundangan dan persekitaran budaya yang lebih baik dan selamat untuk wanita.

Kerana itulah perjuangan wanita untuk wanita belum selesai.