Tragedi melanda Jepun yang menggemparkan dan meraih simpati dunia baru-baru ini amat dirasai. Bermula dari gempa bumi, kejadian ombak besar tsunami dan terkini perkembangan dedahan sinaran yang diukur di beberapa lokasi stesen loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun menunjukkan kadar yang tinggi daripada normal dan membimbangkan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia, berusaha sedaya upaya memberikan maklumat terkini dan terperinci melalui siaran akhbar dan laman sesawangnya tentang isu keselamatan umum.
Laporan media tempatan dan antarabangsa berkenaan isu yang mendapat perhatian antarabangsa ini amat penting dalam mewujudkan kepekaan dan persediaan yang bakal digerakkan apabila berlaku musibah. Oleh yang demikian, organisasi media, khususnya di negara ini perlu melengkapkan diri tentang bentuk laporan yang terbaik kepada pembaca, penonton atau pendengar.
Dalam kes ini, kerjasama dan peranan yang amat penting ditagih daripada Mosti, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia dan organisasi media yang terlibat dalam melapor dan menyediakan bahan berita serta informasi yang mudah difahami umum.
Gabungan tenaga antara Mosti, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia bersama-sama pihak media amat penting dalam siaran berita serta informasi berkenaan isu perkembangan dedahan sinaran yang berlaku.
Wakil daripada organisasi media yang perlu bertugas perlu melengkapkan diri dengan nilai tambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan isu terkini melalui pembacaan, perbincangan serta bantuan yang diberikan Mosti, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia.
Gesaan dan saranan yang dibuat oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agar kerajaan menghentikan segera idea pembinaan loji nuklear dan empangan besar untuk menangani krisis tenaga perlu dipandang serius.
Dalam konteks agama Islam, Allah melarang sekeras-kerasnya umat-Nya terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan kesihatan diri dan masyarakat umum. Sebagai umat yang bertakwa dan beriman, wajib percaya dan menerima amaran tersebut tanpa perlu berdolak-dalik lagi.
Media massa berperanan menyalurkan maklumat, pendidikan, memujuk selain menghiburkan kumpulan sasarnya. Selain itu, media massa yang matang perlu berperanan sebagai medium pemberi amaran bertujuan memberi peringatan kepada masyarakat terhadap sesuatu ancaman. Ancaman yang dimaksudkan dalam hal ini adalah dedahan sinaran stesen loji kuasa nuklear.
Tragedi demi tragedi yang menimpa dunia perlu diambil iktibar oleh setiap manusia agar lebih berfikir panjang dan berwaspada atas musibah yang diturunkan oleh Yang Maha Esa. Masyarakat yang berfikir dan bermuhasabah diri akan mencapai kejayaan jika dapat bertindak secara lebih rasional dengan memikirkan keselamatan diri dan kemaslahatan masyarakat sekitar amnya.
Sebarang bentuk peringatan tentang sesuatu isu terkini perlu diperluas penyebarannya oleh media massa, sama ada elektronik mahupun cetak. Dalam hal ini peranan media amat penting dalam membantu memberikan peringatan terhadap sesuatu ancaman atau kecemasan agar masyarakat tidak menerima tempias secara langsung daripada sebarang bencana. Kesannya, masyarakat akan lebih bersedia akan sebarang kemungkinan dan redha apa yang ditentukan setelah berusaha dan berihktiar untuk mengelakkan sebarang punca kepada musibah.
Media massa menetapkan agenda dalam setiap laporannya, sama ada melalui berita, kempen kesedaran sosial, rancangan di televisyen mahupun radio. Namun, setiap apa sahaja mesej yang disampaikan kepada masyarakat perlu difahami dan berlaku tidak balas atau respons tertentu oleh kumpulan sasaran tertentu.
Oleh yang demikian, mesej yang diterima oleh masyarakat bergantung pada pemahaman dan tafsiran mereka tersendiri dan bergantung pada sesuatu isu yang diketepikan. Media massa tidak lagi terlibat dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh masyarakat keseluruhannya.
Dalam keadaan ledakan maklumat dewasa ini, masyarakat lebih peka dan bijak dalam membuat analisa dan keputusan dalam setiap laporan dipaparkan media massa. Mereka lebih aktif memilih saluran yang ingin dijadikan sebagai 'santapan minda', sama ada media elektronik, cetak dan media baru (teknologi maklumat). Jadi, masyarakat massa akan lebih terarah kepada sesuatu isu yang mereka gemari untuk dibaca, ditonton dan didengar hasil daripada pemilihan sumber media.
Penulis asal: Pensyarah Penyiaran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Melaka.
Popular Posts
-
LONDON - Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris b...
-
A kupuntur merupakan suatu bentuk terapi di mana jarum-jarum halus dimasukkan melalui titik-titik spesifik pada anggota badan pesakit....
-
Sebenarnya, mengudap makanan bukanlah salah, namun anda perlu bijak memilih jenis kudap-kudapan yang sihat. Biasanya, berbanding memilih kud...
-
"Bomoh Cina Peranakan turut guna kaedah menurun sambil diiringi lagu Ulik Mayang " "DIMULAKAN dengan bacaan Iqra dan Insyaa...
-
Anda mungkin pernah mendengar tentang Sindrom Terowong Carpal atau Tunnel Sindrom yang mengakibatkan sakit dan kebas pada jari telunjuk dan ...
-
"Ku sedar diri serba kekurangan, Meratap dan mencari perlindungan, Darimu insan ku gantung, Setinggi harapan" Pasti ada ...
-
Tragedi melanda Jepun yang menggemparkan dan meraih simpati dunia baru-baru ini amat dirasai. Bermula dari gempa bumi, kejadian ombak besar ...
-
EKZEMA merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhada...
-
Apakah gula? Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh Secara semulajadi,...
-
Alhamdulillah. Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah, waba'du. Rasulullah SAW banyak mengubah nama tidak baik maksudnya kepada nama yan...
Friday, 8 April 2011
Thursday, 7 April 2011
Makan pisang tiga kali sehari mampu elak strok
LONDON - Para penyelidik dari Universiti Warwick, United Kingdom dan Universiti Naples, Itali mendapati makan tiga biji pisang sehari mampu mengurangkan risiko terkena serangan strok sehingga 21 peratus.
Menurut para penyelidik tersebut, secara purata, sebiji pisang mengandungi 500 miligram potassium yang membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh.
Hasil kajian itu disiarkan dalam Journal of the American College of Cardiology. Menurut kajian itu, sebiji pisang untuk sarapan pagi, tengah hari dan makan malam sudah cukup untuk mengurangkan strok.
Sebelum ini kajian menunjukkan tekanan darah tinggi merupakan faktor utama strok.
Strok yang disebabkan oleh bekalan darah tersekat ke otak telah menyebabkan kira-kira 200 orang meninggal dunia pada setiap hari di United Kingdom.
Seorang jurucakap Persatuan Strok di Britain menyatakan bahawa penyelidikan itu menunjukkan memakan makanan yang kaya dengan potassium seperti pisang, kurma dan bayam boleh mengurangkan serangan strok. -Agensi
Wednesday, 6 April 2011
Sikap manusia undang musibah, penyakit
'Masyarakat moden banyak akibatkan kerosakan bumi'
PENDUDUK dunia tergamam melihat bahana yang menimpa Jepun akibat malapetaka gerak gempa dan pukulan tsunami. Bencana menyayat hati itu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada penduduk Jepun, tetapi juga kita semua. Kita semua semestinya tidak dapat berhenti daripada mengikuti liputan berita bencana yang sungguh dahsyat itu.
Melihat gambar pukulan ombak besar setinggi 10 meter yang menyapu apa sahaja yang berada dalam laluannya - manusia, kenderaan, bangunan, tanaman, seolah-olah semuanya barang mainan - terasa seperti dipukul kenyataan betapa kerdilnya dan tidak terdayanya manusia di sisi alam.
Biar serapi mana sekali pun persiapan penduduk Jepun bagi menghadapi kejadian gempa bumi, mereka tidak mampu melindungi diri daripada gempa sekuat itu yang mengakibatkan ombak besar yang dipanggil tsunami.
Tiada siapa dapat menahan plat tektonik daripada bergerak, menyebabkan gempa bumi. Tiada siapa dapat menahan tenaga seismik yang mencetuskan ombak besar. Begitulah adanya planet yang menjadi tempat tinggal semua makhluk.
Akan tetapi, terdapat juga bencana alam yang terjadi akibat daripada tingkah laku manusia - bagaimana manusia memperlakukan bumi ini serta sumbernya.
Kegiatan manusia dalam tempoh kira-kira satu abad lalu telah perlahan-lahan menyebabkan perubahan iklim yang serius. Perubahan ini telah membawa awan ribut serta taufan ke beberapa bahagaian dunia, manakala di sesetengah tempat pula, tanah menjadi kering kontang.
Bagi tempoh yang sudah agak lama, terdapat segelintir manusia yang cuai dengan tindakan mereka menggunakan bahan bakar fosil - bagaimana manusia menarah bukit dan menebang hutan belantara serta bagaimana mereka menggunakan sumber semula jadi yang tidak boleh diganti.
Semua ini menyebabkan suhu Bumi meningkat kira-kira 0.6 darjah Celsius pada kurun ke-20. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih separuh daripada pemanasan itu berlaku selepas 1975. Ini menunjukkan bahawa generasi masyarakat moden hari inilah yang mengakibatkan kerosakan paling banyak kepada planet ini.
Peningkatan tidak sampai satu darjah nampak kecil, tetapi akibat sebenar peningkatan itu adalah lebih seribu kali ganda.
Udara lebih panas menyimpan lebih banyak lembapan daripada udara lebih sejuk. Ini bermakna sebahagian tempat di dunia akan mendapat lebih banyak hujan dan sebahagian lain mengalami kemarau. Kejadian cuaca buruk seperti ribut, taufan, angin puting beliung, banjir serta gelombang panas terik akan semakin menjadi perkara biasa.
Kita di Malaysia turut mengalami perubahan seperti itu yang mana musim tengkujuh dan banjir kilat semakin kerap berlaku dan bertambah buruk setiap tahun. Menurut laporan WHO, kejadian banjir yang berlaku di seluruh dunia meningkat dengan cepat - lebih cepat daripada bencana yang tiada kena-mengena dengan keadaan cuaca.
Apabila terdengar tentang penduduk dunia kehilangan tempat tinggal atau kehilangan sumber kehidupan mereka atau kehilangan nyawa, kita hendaklah merenung sejenak dan memikirkan bagaimana sebahagian daripada perlakuan manusialah yang mengakibatkan banjir itu terjadi.
Hujan yang lebat serta cuaca yang lebih hangat mencetuskan keadaan yang cukup sesuai bagi jangkitan penyakit bawaan seperti malaria dan demam denggi. Kita wajar beringat kerana denggi menjadi wabak di negara kita dengan bilangan kejadian serta angka kematian yang meningkat pada kadar membimbangkan.
Cuaca tropika kita yang bertambah panas dan lengas akan mendorong nyamuk Aedes menjadi lebih aktif dan membiak dengan cepat. Kita akan berdepan dengan cabaran lebih sukar. Sekarang ini pun kita sudah begitu tertekan dalam usaha mengawal nyamuk berkenaan.
Suhu tinggi juga meningkatkan aras ozon serta bahan lain mencemarkan udara yang boleh meningkatkan pula penyakit yang ada kaitan dengan jantung serta pernafasan. Begitu juga dengan penyakit yang ada kaitan dengan udara tercemar, sebagai contoh yang boleh menyebabkan asma.
Memandangkan Malaysia begitu terdedah kepada banjir, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap penyakit berjangkit melalui makanan dan air memandangkan bekalan air kita boleh tercemar dalam persekitaran tidak bersih.
Di Jepun, mereka yang terselamat dalam kejadian gempa dan tsunami kini sedang menghadapi risiko kesihatan yang serius. Bekalan elektrik dan air terputus, manakala air daripada ombak besar masih bertakung. Tanpa air yang selamat untuk diminum dan tanpa sistem pembuangan kumbahan yang sempurna, jangkitan bakteria dan parasit boleh merebak dengan mudah, menyebabkan pelbagai penyakit seperti cirit-birit.
Bagaimanapun, penduduk Jepun boleh berbangga dengan tahap kemajuan mereka yang tinggi, yang bermakna mereka akan kurang terdedah kepada jangkita kepialu dan taun.
Berlainan pula dengan ratusan ribu penduduk Haiti yang kehilangan tempat tinggal dalam gempa bumi tahun lalu. Di negara miskin itu, mereka tidak berada dalam kedudukan mempertahankan diri daripada penyakit itu yang sudah menjadi wabak, lebih-lebih lagi apabila begitu ramai bersesak-sesak dalam khemah dan tempat perlindungan lain.
Sama ada sesuatu malapetaka itu semula jadi atau berpunca daripada perbuatan manusia. kesannya sama sahaja - ia mengancam kesihatan manusia.
Janganlah hendaknya kematian dan kesengsaraan mangsa bencana alam yang berlaku sebelum ini dibiarkan berlalu tanpa kita yang masih hidup ini mengambil pengajaran daripadanya.
Kita perlu memastikan sistem dan infrastruktur kesihatan kita cukup kuat bagi menangani krisis dan melindungi orang ramai daripada kesan terburuk sebarang bencana alam. Langkah kebersihan, pelalian serta kawalan penyakit akan dapat melindungi rakyat negara ini jika bencana alam berlaku.
Pembangunan sosioekonomi bagi kawasan pedalaman dan rakyat berpendapatan rendah perlu dirancang dengan baik. Ini sangat mustahak memandangkan mereka yang tinggal di sini biasanya adalah kumpulan yang paling terdedah kepada risiko kehilangan tempat tinggal. Kemudahan perkhidmatan kesihatan untuk mereka juga agak kurang.
Akhir sekali, walaupun kita rasa hampa kerana tidak terdaya berbuat apa-apa tentang gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun, kita perlu ingat bahawa kita boleh membuat sesuatu dengan bencana yang dicetuskan oleh perubahan iklim.
Jika memperkukuhkan sistem kesihatan awam adalah suatu yang perlu dilakukan sebelum ini, ia kini menjadi semakin bertambah perlu, lebih-lebih lagi dengan perubahan iklim yang kian mengancam. Kita juga boleh berbuat sesuatu bagi mengurangkan jejak karbon kita melalui pelan pembangunan nasional. Juga, dengan mengikut amalan industri yang baik, termasuk amalan seharian seperti mengguna sumber tenaga yang lebih bersih.
Kita semua perlu sama-sama mengambill berat tentang perubahan iklim. Ini bukan semata-mata tanggungjawab pencinta alam. Kita perlu meletakkan faktor kesihatan di tempat utama dalam agenda perubahan iklim.
Dipetik daripada: Berita Harian
Idea : Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Liow Tiong Lai
Tuesday, 5 April 2011
Jemput anak punca emosi
'Setiap seorang daripada 10 pemandu wanita marah di jalan raya'
KUALA LUMPUR - Masalah keluarga termasuk urusan mengambil dan menjemput anak di pusat jagaan kanak-kanak setiap hari mungkin antara faktor pemandu wanita lebih beremosi di jalan raya.
Pakar Psikologi Universiti Malaysia Sabah, Dr. Mohd. Dahlan A. Malik berkata, kajian mendapati golongan Hawa lebih cenderung memikirkan hal berkaitan keluarga mereka berbanding lelaki termasuk ketika memandu.
"Memang lumrah golongan wanita sangat mengambil berat hal keluarga sehingga mengganggu emosi mereka ketika memandu.
"Sebagai contoh, mereka akan fikir mengenai keadaan anak-anak yang ditinggalkan sewaktu mereka bekerja setiap masa dan bergegas balik untuk menjemput anak masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan mengatakan ramai pemandu wanita di Malaysia memandu secara merbahaya.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin di Parlimen juga mendakwa golongan wanita kerap tidak mempedulikan keadaan sekeliling ketika memandu di jalan raya.
Sikap itu, kata Bung Mokhtar menyebabkan pemandu lain turut terdedah kepada risiko kemalangan.
Kenyataan wakil rakyat itu seterusnya menimbulkan polemik sehingga menyebabkan ramai pihak membantah dakwaan berkenaan.
Mohd. dahlan seterusnya memberitahu, faktor gangguan emosi sangat mempengaruhi wanita terutama ketika memandu malah ia lebih kerap bermain di dalam fikiran mereka berbanding masalah kesesakan jalan raya.
"Rata-rata pemandu wanita merupakan pemandu yang sangat berhati-hati, cuma mereka cepat panik sahaja. Keadaan itu kadangkala menyebabkan mereka bertindak di luar jangkaan.
"Tindakan luar jangkaan itu menyebabkan kemalangan jalan raya sering berlaku," katanya.
Mengikut kajian katanya, setiap seorang daripada 10 pemandu wanita cenderung untuk marah ketika di jalan raya berbanding pemandu lelaki dan ia juga ada kaitan dengan faktor emosi.
Bagaimanapun kesimpulannya, pemandu wanita memang beremosi berbanding lelaki tetapi ia bukan punca utama kemalangan.
Pemandu wanita kurang mahir - Miros
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengesahkan wanita mempunyai kekurangan dalam keupayaan spatial (ruang dan jarak) berbanding lelaki terutama ketika memandu di jalan raya.
Ketua Pengarahnya, Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, rata-rata pemandu kaum Hawa akan bertindak terlalu berhati-hati sehingga mengundang risiko kemalangan.
Ia termasuk sewaktu mereka memandu untuk melintas persimpangan yang tidak mempunyai lampu isyarat, memotong dan ketika meletakkan kenderaan.
"Keadaan ini berbeza dengan lelaki kerana mereka berupaya dalam psikomotor (kemahiran) yang tinggi berbanding wanita namun boleh menyebabkan lelaki mempunyai sikap terlebih yakin seperti memandu laju an merbahaya," ujarnya kepada Kosmo!.
Satu lagi, menurut Ahmad Farhan, wanita juga suka melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa seperti bersembang ketika memandu selain terdorong berfikir perkara lain selain sehingga mengganggu tumpuan di jalan raya.
Bagaimanapun, menurutnya, statistik masih menunjukkan lelaki menjadi mangsa terbanyak terlibat dalam kemalangan berbanding wanita.
"Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia yang dianalisis oleh Miros pada tahun 2009, kemalangan jalan raya melibatkan pemandu lelaki ialah 2.4 lebih tinggi daripada pemandu perempuan di mana terdapat 244,336 kes yang melibatkan pemandu lelaki berbanding pemandu wanita iaitu 103,153 kes sahaja," jelasnya.
Malah berbanding statistik yang sama pada tahun 2006, pemandu lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 67.93 peratus manakala kaum wanita telah meningkat dua kali ganda iaitu 97.74 peratus.
"Apa pun, statistik tidak menunjukkan sama ada pemandu lelaki mahupun perempuan menjadi punca kemalangan namun risiko kemalangan jalan raya tetap ada dan ia tidak mengira jantina," katanya.
INFO SIKAP PEMANDU LELAKI DAN WANITA KETIKA MEMANDU
Sikap Wanita:
Wanita lebin cenderung menukar lorong secara tiba-tiba dan merbahayakan orang lain
Membuat pusingan U secata tiba-tiba, tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain
Memberhentikan kereta secara tiba-tiba dan meletak kereta sesuka hati hingga menghalang laluan
Bersifat pelindung kerana mereka ialah pbu. Oleh itu mungkin mereka pentingkan diri sendiri bila berada di jalan raya, misalnya tidak beri laluan kepada kereta lain
Lebih bersikap berhati-hati dan mereka bergerak lambat pada jalan lapang dan tidak banyak kereta menyebabkan gangguan kepada pemandu lain
Sikap Lelaki:
Pemandu lelaki tiga kali ganda lebih cenderung menekan hon apabila kenderaan di depannya dipandu terlalu lambat berbanding perempuan
Pemandu lelaki dua kali ganda melanggar peraturan jalan raya berbanding pemandu perempuan. Malah, sebanyak 83 peratus pemandu lelaki cenderung menunjukkan perangai memandu laju manakala perempuan hanya sebanyak 17 peratus
Lelaki lebih cenderung memandu dengan tujuan mencari sensasi iaitu menunjuk kepada rakan sebaya dan orang ramai mengenai kemahirannya memandu di jalan raya.
Sumber:
Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor
Pakar Pengangkutan Awam dan Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan, Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, 4 April 2011
Akupuntur
Akupuntur merupakan suatu bentuk terapi di mana jarum-jarum halus dimasukkan melalui titik-titik spesifik pada anggota badan pesakit. Titik-titik ini dipanggil titik meridian.
Buku perubatan lama menerangkan tentang 365 poin (titik) yang terletak secara sistematik di atas meridian atau rangkaian laluan tenaga yang terdapat di permukaan badan.
Prinsip Akupuntur
Prinsip utama yang menentukan kesihatan dan keuzuran di dalam akupuntur adalah keseimbangan faktor Yin dan Yang.
Yin merujuk kepada aspek kelembutan dalam kehidupan manakala Yang pula adalah aspek yang bertentangan dengan Yin.
Pergerakan di antara Yin dan Yang dinamakan Qi, suatu elemen yang penting dalam sistem penyembuhan bagi akupuntur.
Adakah Akupuntur selamat?
Secara amnya akupuntur adalah selamat. Kejadian kesan sampingan yang serius adalah amat jarang, di mana kurang dari satu bagi setiap 10,000 rawatan.
Maklumat yang perlu dimaklumkan kepada Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari:-
1 Ibu mengandung
2 Menggunakan perentak jantung (pacemaker)
3 Mengambil ubat pencairan darah, steroid atau sebarang ubat sebelum rawatan akupuntur
4 Alahan kepada logam
Kesan sampingan Akupuntur
1 Rasa mengantuk selepas rawatan boleh terjadi kepada sebilangan kecil pesakit
2 Pendarahan kecil atau lebam boleh berlaku kepada 3 peratus daripada jumlah rawatan akupuntur yang dijalankan.
4 Simpton-simpton yang ada mungkin menjadi lebih teruk (kurang 3 peratus daripada pesakit yang dirawat) tetapi tidak semestinya memudaratkan.
Kontraindikasi bagi rawatan Akupuntur
1 Seseorang yang takut kepada jarum (needle phobia)
2 Pesakit yang terlalu uzur atau terlalu lemah
3 Jangkitan setempat pada permukaan kulit
4 Kecederaan pada kulit akibat kebakaran
5 Pesakit hemophilia atau penyakit yang berkaitan dengan pendarahan
Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Thursday, 31 March 2011
Haram buang tahi lalat untuk cantik!
Apakah hukum seseorang itu membuang tahi lalat di wajahnya, sedangkan tahi lalat tersebut tidak memberi sebarang gangguan kepadanya dan juga tidak membawa sebarang penyakit?
A: Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah Maha Berkuasa menjadikan berbilion manusia dengan berbeza wajah. Wajah adalah salah satu identiti manusia.
Semua manusia suka akan kecantikan. Hingga ada yang sanggup untuk melakukan apa saja untuk kelihatan cantik walau dengan cara yang dilarang Islam.
Kebiasaannya, di wajah manusia terdapat bintik-bintik hitam seakan-akan tahi lalat seperti sejenis penyakit kulit. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan membuangnya dari kulit tanpa mendatangkan kemudaratan kepada wajah.
Namun, hukumnya haram jika membuang bintik-bintik hitam itu hingga mendatangkan kemudaratan memandangkan wajah adalah bahagian yang sensitif.
Namun seandainya tahi lalat itu terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya.
Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat dengan tujuan untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah yang asal.
Subscribe to:
Posts (Atom)